Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Random

Hye , Assalamualaikum . Today's Entry . Special for those yang baru lepas clash tuu . macam awaklah En . Musuh [ bangga lah tu ade name die ] hewhew :P



Selamat membaca !






--------Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."

"..sampai di sini.."

"..tak ada jodoh di antara kita.."

"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."


Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).


Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.


Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.


Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.


Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.


Fahami konsep Tawaqqi.


Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."


Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.


Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata,,,insyaAllah.♥

Wednesday, February 13, 2013

Cinta .

Assalamualaikum dearest readers :)

Cinta ? Oh apekah ?




"Saya benar-benar cintakan awak" bicara si lelaki.

"Emm, Apalah buktinya?" duga si gadis.


"Awak, saya sanggup korbankan segalanya demi awak. Lautan api sanggup saya redah.." sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.


Situasi lain:

"Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?"

"Aku tak dapat terima cinta dia la sebab hati aku ni tak de feel langsung kat dia.."



C.I.N.T.A

Cinta.

Sayang.

Suka.

Minat.

Tangkap cintan.


Dan pelbagai lagi istilahnya ini menjurus kepada perasaan 'syok' seseorang kepada seseorang yang lain.

Rata-rata yang sering membicarakan soal CINTA atau lebih tepat lagi di sini cinta sesama makhluk yang berlawanan jenis ini adalah dari kalangan remaja.

Remaja dan Cinta. Ibarat isi dengan kuku. Bagai tidak dapat dipisahkan. Namanya remaja 'surely have an experience about LOVE'!


Namun, adakah kita benar-benar faham dengan istilah cinta ini?

Adakah CINTA atau ia hanya NAFSU (keinginan hati) semata-mata?

Kenapa di sini saya kaitkan antara nafsu dan cinta?




Dalam Islam mengajar uda dan dara bagaimana untuk cinta dan berkasih sayang. Islam is perfect! Soal cinta pun ada.


Buktinya:


Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.


Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)


Cinta kerana Allah ini sudah pastinya dihiasi dengan ketaatan terhadap setiap suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-NYA.

Cinta yang halal bagi seorang lelaki dan perempuan adalah melalui pernikahan.


Lalu bagaimanakah? Adakah anda bersedia menetapkan hati agar mencinta si dia hanya kerana Allah?


Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.


Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah:


Pernikahan yang bagaimana?

Adakah cukup dengan perasaan 'suka-suka'?


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.


Inilah jawapannya!




Mencintai seseorang di sisi Islam bukanlah "dari mata turun ke hati" tetapi ianya dari IMAN.
Cinta yang berlandaskan material semata belum tentu mendapat redho Allah.


Cinta yang selalu mengutamakan "apa yang dirasa oleh hati" tanpa berbalik kepada persoalan agama inilah yang selalu membawa kecundang di kemudian hari.


Tetapi, jika yang mendahului cinta itu adalah iman dan 'ilmu agama yang sentiasa mendorong 'aqal agar bijak memilih pasti Allah sentiasa meredhoi perasaan yang wujud itu.


Wallahua'lam.


credits to- Artikel iluvislam



Sekian 





and THANKS for reading . much LOVE 




DearDAIRY♥ emyleana official :)

Sunday, February 3, 2013

LOVE and PASSION



Hye , Assalamualaikum readers .


LOVE and PASSION such a different feeling but sometime I can't differentiate between those feelings . To be honest I memang type yang mudah minat dekat orang . but Falling in LOVE with someone is the hard thing for me to do . dalam ramai-II orang yang I pernah minat tu , sorang je I couple . tu pun macam Cinta Monyet lahh . ohh serious . sangat kelakar ingat balik ! But , loving him is not a mistake but is a lesson for me :)




Dear THE OLD HIM
: ' Bunga memang bukan sekuntum , tapi nakdapat yang sekuntum nie bukan senang' 
saya takkan lupe kata-II manis awak tuu sampai saya sanggup terima awak . (cinta monyet je pun) Yes , saya menyesal ! sebab sy dah langgar RULES yang saya tetapkan ' NO COUPLE BEFORE NIKAH' . tapi , ape boleh buat kann . let bygone be bygone . At least , lepas nie saya takkan senang-II je trime proposal orang . Saya mungkin boleh lupe awak , tapi saya takmungkin padam memory dengan awak dulu . . Aisya Nur Maria >251127< , the Annual Dinner , The Purse by BOSS [ saya masih simpan ] , your pictures [ dah kantoi dengan abah ] nak buang taksampai hati wak , sy still lg simpan . and I hope you will meet your NUR and may god bless both of you . thanks sebab masih sudi call time birthday saya hari tu . tapi sumpah , time tu lidah kelu sebab saya taksanggup nak dengar suare awak lagi . anyway , saya rindu nak dengar awak main keyboard , guitar or nyanyi lagii , maybe time saya kahwin nanti , Heee !


Dear En IR : ; SAYS | I'm kinda miss you En. IR . I said I miss you , is not because of you but the way you treat me before . Chat , Text , OTP late at night 2-3 hours . ' sempat lagi Layan lagu Kosong time otp ' HUHU , kinda miss that moment . But now , we are different , too far apart . you're busy with your Uni Life . I'm here , waiting for offer from any Uni . Well , I hope you will be Engineer soon and get that title , and yes I wish we could meet someday ツ


Dear En. Rugger : Frankly Speaking | awak totally different dengan orang yang pernah saya jumpe . Nak tengok awak senyum pun susah . Nak dengar awak cakap lagilah . Nak tunggu awak tegur saye , memang sampai bile-II la takkan . Sumpah ! saya memang angau dengan awak dulu . tapi tak kisahlahh tu dulu . ' tak salah meminati tapi takmustahil untuk mencintai ' tapi mencintai awak memang satu kesalahan sebab cinta saya mungkin takberbalas . tapi . THANKS awak , sebab buat saya macam nie . at least lepas nie saya tak angau lagi dengan orang lain . Doa saya , agar cita-II awak untuk jadi Engineer nanti tercapai sebab ayah awak memang nak sangat awak jadi engineer kann . 


Dear En. Future Husband : Saya tunggu awak . Setia ke Hujung Nyawa saya ♥ awak ignore je manusia dekat atas tu sebab mereka adalah masa silam saya dan awak adalah masa depan saya . andai kita takbertemu di dunia . in shaa Allah jodoh kita di sana kelak . 




-------------------------------------------------------------------------------------------------


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata



Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi




Setakat itu sahaja . Gtg . K Byee , Assalamualaikum

DearDAIRY♥ emyleana official :)