Sunday, February 24, 2013

Dear AWAK ♥

Assalamualaikum .
.
.
.
.
.
.
.
Saya tak tahu siapa awak. Awak mungkin salah seorang dari yang saya kenal, mungkin yang sudah lama saya kenal, atau yang saya baru kenal dan mungkin juga kita masih belum dipertemukan. Kini .... kalau boleh, saya tidak mahu menyimpan perasaan pada sesiapa. Namun cinta itu fitrah. Fitrah yang saya takut akan jadi fitnah. Jatuh cinta lagi membuat saya gelisah. =( Kerana saya takut untuk merasa kekecewaan lagi. Ye , SAYA SANGAT TAKUT -.-


Saya mencari-cari cara untuk lari dari kegelisahan itu. Akhirnya saya tahu bagaimana caranya. saya harus meletakkan cinta Allah sepenuhnya dalam hati saya. Kemudian haruslah mencintai Nabi kita , Rasulullah SAW pada tempat yang seterusnya. In Shaa Allah . Saya kini masih mengejar Cinta Illahi . *Mudah-mudahan AWAK pun begitu .






Fitrah perasaan cinta itu jujurnya sukar untuk dibuang dari hati. Tetapi sekurang-kurang nya kini dia berada di bawah carta Allah dan Rasulullah. Dengan itu, kini saya semakin menghampiri matlamat saya iaitu untuk meletakkan hati pada Allah, semoga Allah memberikan hati saya kepada lelaki yang terbaik untuk saya. Jika saya sudah mencapai tahap itu, insyaAllah saya akan redha, sungguhpun dalam hati saya ada mencintai seseorang itu, mungkin ringan sahaja saya melepaskan nya dan akan menganggap dia itu bukan jodoh saya. Allah akan gantikan seseorang yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk saya.



Dalam Al-Quran ada menyebut, perempuan baik itu adalah untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Malah Novelis 'SETIA HUJUNG NYAWA' turuk mengaplikasikan ayat itu ke dalam Novel dan kini telah pun menjadi Drama No 1 di kalangan Remaja , tidak terkecuali Saya sendiri . Masha Allah . Namun , saya sebagai Umat Islam , agak terkilan kerana ade remaja yang salah anggap tentang Drama SHN tu .


pic credit to En . Facebook  | ramai org salah tafsir drama nie .
actly penulis nak ckp yg
LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK .
 DAN BEGITULAH SEBALIKNYA .
| El pernah terlanjur dengan iqram dengan rela kann ,
and Zain pun pernah terlanjur dulu .
See , Allah tu MAha Adil 


Saya harap awak adalah seorang yang berakhlak baik, boleh jadi imam yang terbaik buat saya, boleh membimbing saya untuk menuju jalan ke Syurga. Itu sahaja yang saya harapkan. Maka untuk itu, saya tau, jika saya mahukan begitu , saya harus jadi lebih baik dari hari ini. Kita tak boleh label diri sendiri layak atau tidak, sebab Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi saya percaya kalau tetap jaga hubungan dengan Allah, Allah akan berikan yang terbaik. tetapi jika tidak, itu juga adalah ujian buat saya, sebagai tanda Allah sayang saya.



Saya kini sedang berusaha melupakan kisah hidup yang lalu dan ingin menjadi seorang yang baru. saya harap awak mencintai saya kerana siapa saya yang sekarang dan tidak kisah siapapun saya yang dulu. (saya juga insan yang tidak lari dari membuat kesalahan). Begitu juga saya, saya akan terima awak, siapapun awak yang dulu, yang penting siapa awak yang sekarang.



Sehinggalah hati saya benar-benar NEUTRAL dari perasaan cenderung mencintai seseorang yang belum halal buat saya, in sya Allah, lebih mudah untuk beristikharah. itulah tujuan untuk membersihkan hati. Kerana saya tidak mahu istikharah saya itu dipengaruhi oleh nafsu sendiri.




Saya akan terus berdoa semoga urusan kita dipermudahkan.

In Shaa Allah . AMIN ♥









Sekian 




and THANKS for reading . much LOVE 





DearDAIRY♥ emyleana official :)






p/s Jangan lupa klik SINI and buat ape yang patut . Hihi . Thank youuuuuuuu . Assalamualaikum . Much Love .xoxo






2 comments: